Sunday, 14 January 2018

MR BODYGUARD BAB 3


“Alhamdulillah , setelah setahun aku tunggu kau Am akhirnya muncul juga kau ekk.”, dia memandang Am kecil besar je . Dahla lambat boleh pulak buat muka kerang busuk tersengih-sengih tengok aku. Nasib baik kau sahabat terchenta aku .. Larh sangat! :p


“Alaaa beb, sorry laa wey .. aku tunggu pakcik tu haa lambat sangat. Dia yang volunteer nak hantar tapi dia yang banyak ragam. -_-“ Amyli mengarahkan jari telunjuknya ke arah abangnya yang kononnya tengah control macho sambil berjalan menuju ke arah mereka. Uwekk bukannya hensem pun pakcik tua ni. Perasan je lebih ! Hahahaha. Sempat lagi Amyli mengutuk abangnya.


“Haa, apa tunjuk tunjuk kata bang ni! Mengumpat abang la tu -_-?” Adam Mika memandang kedua- dua budak di hadapannya dengan mata yang sengaja dikecilkan. Huh, budak dua ni takde lain dah mesti mengutuk aku la ni.


“Haah kitorang ngumpat plus mengutuk abang. Tu pergi pujuk si Edd dh merajuk kesyangan adik abang punya pasal la sape suruh lambat.!”


“Olololo.. Edd sayangg janganla merajuk abang Adam minta maaf ekkk. Abang Adam sakit perut laa tadi.. lama abang Adam memerut lam toilet tadi.” Tak senonoh kau Adam :p Kau memerut pun kau nak bagitau budak-budak ni.


 “Euwwww.. disgusting la kau Adam. Perlu ke beritahu dohh.” Pengotor la pakcik tua ni. Adlea Qasra mencebik kegelian.


“Haaa, dah kalau tak nak abang cerita lebih lanjut lagi Edd jangan merajuk lagi. Jom kita shopping, kali ni biar abang Adam yang belanja korang sempena korang dapat result gempak semalam.”


“Yuhuuuuuu.. masa untuk memufliskan Adam!!” suara Adlea Qasra dan Amyli bersatu. Mereka menjerit kegirangan. Inilah masanya untuk membeli belah dengan sepuas hati tanpa perlu mengeluarkan wang sendiri. :p


“Mati aku !” gumam Adam sendiri.


                *****************************************************************


“Burpppppp!!!!! Oppsss !” serentak Amyli dan Adlea sendawa kuat.


“Erkk?!?” terkedu Adam melihat perangai tak senonoh adiknya. Ya Allah betul ke ni adik aku , buruknya perangai -_-‘. Dia memandang sekeliling risau kalau ada yang melihat kelakuan tak senonoh kedua budak perempuan di hadapannya itu. Huh, nasib baik takde yang perasan.-_-‘


“Hehehehe, sorry bang Adam. Terlepas,” Amyli tayang sengih melihat abangnya yang terkejut dengan perangainya. Adlea hanya membuat muka selenge je sambil tayang peace. :p


Adam hanya menggeleng kepala sambil meneruskan suapan spaghetti yang terjatuh kerana terkejut dengan ledakan sendawa budak-budak di hadapannya. :D Hahahahaha hiperbola sangat.


“Cepatlaa makan. Lepas ni hantar Edd balik kang tak pasal kena marah dengan nenek kebayan kat rumah dia.” Huh, nenek kebayan as known as Adlynna Qaira.


“Hurm…mengutuk laa kalau nenek kebayan tu tau mati kau Amyli,”


“Kau memang tak nak bagitau hal sebenar kat parents kau. Sampai bila kau nak biarkan si Lyna tu terus- menerus tindas kau?”


“Haah Edd.. bukan sekali dua dia buat hal, dah banyak kali tau. Macam semalam hish kalau abang Adam laa memang lunyai budak tu abang kerjakan.”


“Biarlah dia.. malas nak ambik peduli. Lagipun kalau aku bagitau parents aku pun bukan diorang percaya. Maklumla kan Lyna tu kan anak kesayangan aku ni anak derhaka.”


“Takpela Edd kau sabar je mungkin suatu hari nanti dorang sedar yang dorang tak patut buat kau macam ni.” Amyli cuba memujuk Adlea Qasra.


“Betul tu abang Adam setuju, yang penting Adlea sabar je.”


Adlea Qasra senyum je. Dia bersyukur walaupun keluarga dia tidak memberi perhatian yang secukupnya untuk dia tetapi dia masih mempunyai sahabat yang menghargai dia. Mungkin semua ni ada hikmahnya nanti.


Monday, 3 April 2017

MR.BODYGUARD BAB 2

Bab 2

 Usai mandi dan solat Adlea Qasra memandang slip peperiksaannya dengan pandangan yang kosong. Air matanya bergenang. Dia sedih. Mummy dan daddy nya langsung tidak bertanyakan tentang result SPM nya. Segala usahanya untuk membuatkan ibu bapanya bangga dengan pencapaiannya hanya sia-sia mereka tidak peduli walau sedikit pun. Dia mengeluh.

 Haishh, daripada aku termenung mengenang nasib diri baik aku call Am ajak keluar esok. Telefon bimbitnya dicapai dan mula menaip mesej.

  Am ! ko busy tak esok? Teman aku window shopping nak tak!?

  Kat ne? Aku ok je lagipun takde keje yang boleh dibuat kat umah ni, daripada dengar mak aku membebel baik aku teman ko :-p.

  Kat tempat biasa laa. Jam 10 pagi esok.

 Sebaik sahaja mesej itu dihantar pintu biliknya diketuk dan namanya dipanggil bibik. Kenapa pulak bibik datang ni? Aku ada buat salah lagi ke?, getus Adlea Qasra di dalam hati. Dia bangun dari tempat duduknya lalu bergerak ke pintu biliknya.

“Ye bik ada apa?” soalnya ingin kepastian daripada bibiknya.

“Tuan tanya mbak Lea ngak mahu turun makan ke?” jawab bik Yani dengan pelatnya.

“Oh ya dah waktu makan malam ye? Takpelaa bik bagitau tuan saya dah makan dengan kawan saya tadi.”balasnya. Dia tidak mahu turun makan malam kerana dia tidak mahu memandang wajah sinis Lyna yang menyakitkan hatinya lagipun dia sudah makan semasa keluar dengan Amyli petang tadi.

“Baik mbak Lea. Bik turun dulu ya kalau mbak mahu apa-apa bilang sama bik ya.” Dia hanya menganggukkan kepalanya apabila mendengar kata-kata bibik lalu menutup pintu biliknya. Dia bergerak ke katil dan mencapai kembali telefonnya.  Dia mengaktifkan laman sosial wechatnya yang sudah lama tidak diaktifkan di laman itu jugalah dia meluahkan rasa hatinya. Setiap kali dia dimarahi mummy dan daddy dia akan meluahkan segala ketidakpuasan hatinya di situ.

Selepas beberapa minit dia mula berasa bosan. Hurmm macam takde benda yang menarik je grup pun senyap je, baik aku tido, tingkahnya dalam hati.

                                    ***************************************
 Di sebuah kelab malam, seorang lelaki sedang asyik dengan telefonnya namun dia tetap berjaga-jaga memastikan tiada musuh yang menghampiri mereka. Dia sebenarnya bekerja dengan seorang dato yang terkenal di Sabah, dia ditugaskan untuk menjaga keselamatan dato itu. Sudah bertahun-tahun dia bekerja sebagai pengawal peribadi. Dia memilih kerjaya itu kerana ingin melupakan kisah silamnya walaupun dia sedar nyawanya terancam.

“Huishhh, cun giler awek ni.!” Dia bersuara perlahan sambil terus menatap skrin henfonnya yang memaparkan gambar profil wechat seorang gadis. Dia tersenyum melihat gambar itu. Tanpa sedar laju jarinya memilih untuk menyimpan gambar itu di dalam telefon bimbitnya.

“Rayyan, bos dah nak jalan dah tu.” Tiba-tiba seorang lelaki datang menegurnya. Lekas dia menyimpan henfonnya di dalam poket seluar lalu mengikut bosnya dari belakang. Dia perlu melupakan tentang gadis itu buat sementara kerana dia perlu fokus dalam kerjanya.

                        ****************************************************


MR.BODYGUARD BAB 1

Bab 1

 Lega! Itulah yang dia rasa apabila keputusan SPM nya sudah berada ditangan. Dia mendapat 9A1B walaupun tidak mendapat keputusan yang cemerlang namun itu sudah cukup memuaskan bagi dirinya. Dia harap kedua ibu bapanya gembira dengan pencapaiannya. Dia tersenyum gembira.
“Hoi! Edd sinilah!” terkejut dirinya apabila disergah begitu. Walaweh! Minah ni nak aku mati awal ke apa? Kalau ya pun panggil laa elok-elok.

“Apa?  Kau ni kan memang nak aku mati awal ke apa? Terkejut aku tau tak.”marahnya.

“Hehehe..sorryla wei aku tak sengaja. Alah bukan salah aku jugak kau tu yang berangan tak sudah aku panggil kau elok-elok kau buat bodoh je aku sergahlaa.” Tersengih-sengih dia minta dimaafkan.

“Ekkk..aku berangan ke? Hah, kenapa kau panggil aku?” giliran dirinya pula untuk tersengih. Sedar akan kesalahan yang dilakukan.

“Aku panggil kau sebab aku tengok kau berangan je dari tadi. Dah tu jalan pulak menonong je aku panggil laa. Apa yang kau fikir wehh?” pelik sungguh kelakuan sahabatnya itu nak kata result hampeh pun tak jugak. Itulah Adlea Qasra lebih banyak berdiam diri apabila berfikir tetapi becok apabila gembira satu-satunya sahabat yang memahami dia.

“Aku fikir tentang reaksi mak bapak aku bila tengok result aku ni. Aku takut diorang kecewa.” diluahkan rasa hatinya kepada teman yang tersangat rapat disisinya,Amyli. Kepada sahabatnya inilah dikongsi segala suka dan duka hidupnya.

“Apa yang kau nak risaukan result kau bagus apa bukannya gagal tetapi kau lulus. Diaorang mesti happy punya laa.” Ibu bapa Adlea memang baik hati tetapi satu aje kelemahan mereka tidak pernah berlaku adil dengan sahabatnya itu. Mereka tidak pernah melayan Adlea seperti adik-beradik yang lain. Dia pun tidak tau apa puncanya.

“Tapi..Am..kau tau kan diaorang macam mana?”

“Ye aku tau..alaa..kau buat biasa ajelaa kalau diaorang cakap apa pun. Kau dah cuba sehabis baik dah untuk lulus kan. Dah takyah nak buat muka tempe kau tu. Jom kita pergi makan nak? Aku laparlaa.”
Memang dia dah buat sebaik mungkin untuk lulus tetapi kalau tidak dapat memuaskan hati orang tuanya tidak tahulaa. Dia hanya mampu pasrah.

“Oklaa jom.” Akhirnya di iakan juga kata-kata sahabatnya itu. Beriringan mereka ke kedai makan yang berdekatan dengan sekolah mereka.

                                    ****************************************

Seharian Adlea Qasra keluar dengan Amyli petang baru pulang ke rumah. Sesampainya di rumah dia melihat kakak kembarnya sudah menunggu sambil tersenyum sinis kepadanya. Ahh,mesti ada yang dirancangnya supaya aku kena marah ngan mummy dan daddy. Hishh tak guna betul laa. Nasib baik aku aku ni penyabar orangnya kalau tak habislaa aku kerjakan. Ceh! Sempat lagi perasan.

“Hah , Lea baru balik mana kau pergi merayap aje keje kau kan. Tu mummy dengan daddy dah tunggu kau. Habislah kau.” Adlynna menegur adiknya. Dia memang tidak sukakan adiknya itu. Baginya, Adlea merupakan musuh utamanya. Dia benci melihat adiknya lebih daripadanya. Dia cemburu bila rakan-rakanya di sekolah selalu memuji Adlea pandai, cantik, dan sopan padahal dia lagi hebat daripada Adlea. Huh ! Aku akan buat kau menderita Adlea kau tunggu je nanti.

Adlea mengabaikan Adlynna yang cuba menyakitkan hatinya dan terus masuk ke dalam rumah. Ada saja yang Adlynna tidak puas hati dengannya padahal dia tak pernah mengganggu kakaknya itu. Sabar aje laa. Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke dalam rumah kedengaran suara mummynya memanggil. Apalagi kali ni, aduhh masalah betul laa,rungutnya di dalam hati.

“Adlea Qasra! Sini ada sesuatu mummy nak tanya.”tegas suara Puan Sri Hasliza. Dia betul-betul tidak percaya yang Adlea Qasra sanggup menghina Adlynna Qaira kakaknya sendiri. Kata Adlynna, Adlea menghinanya didepan teman-teman sekolahnya kerana keputusan SPM Adlynna tidak bagus dengan mengatakan Adlynna bodoh dan dirinya lebih bijak. Sampai hati Adlea berkata begitu tidak beradab langsung.

“Ye mummy, ada apa?”Adlea cuba menenangkan hati yang berdebar bimbang jika Adlynna ada mereka cerita buruk tentangnya. Ya Allah! Apa lagi ni. Kau lindungilah aku.

“Macam ni, Lea ada buat apa-apa kesalahan tak dengan Lyna? Jujur dengan daddy.” kali ini Tan Sri Kamarul pula yang bersuara. Adlea selalu sahaja menimbulkan masalah dan tidak menghormati kakaknya. Macam-macam nasihat sudah diberi namun tetap juga perangainya tidak berubah.

“Huh ,tak..takde daddy. Lea tak buat salah apa pun.” Lyna apa yang kau tak puas hati lagi ni. Apa dosa aku dengan kau hah. Dia menjeling Lyna yang sedang tersenyum sinis sambil berpura-pura sedih di sebelah mummy. Pandai betul berlakon.

“Tipu! Lea tipu! Sampai hati Lea malukan Lyna depan kawan-kawan Lyna mentang-mentanglah Lea pandai Lea hina Lyna. Lyna malu dengan kawan-kawan Lyna apa salah Lyna sampai Lea buat Lyna macam ni.!?” adu Adlynna Qaira sambil menayangkan muka sedih yang kononnya kecewa dengan apa berlaku.

“Adlea Qasra! Kenapa kamu malukan Lyna macam tu? Kamu sedar tak yang kamu malukan tu kakak kamu, kakak kembar kamu?! Sepatutnya kamu bagi Lyna semangat bukan merendah-rendahkan dia. Perangai kamu ni makin lama makin menjadi-jadi makin ditegur banyak pulak agenda kamu kan?!”melengking suara Puan Sri Hasliza membela Adlynna Qaira.

 Adlea Qasra hanya mampu tertunduk menerima amarah daripada mummynya. Dia tidak mampu untuk mempertahankan dirinya kerana dia tahu nasib tidak akan menyebelahi dirinya kerana jika dia melawan pasti makin teruk dia dimarah. Bukannya sekali Adlynna Qaira mereka cerita buruk tentangnya tetapi sudah berkali-kali dan setiap kali itu jugalah dia yang harus mengalah menerima segala hukuman diatas  kesalahan yang tidak dilakukannya.

“Sudahlah jangan diperbesar-besarkan lagi hal ini. Adlea daddy nak kamu minta maaf dengan Lyna.” Tegas Tuan Kamarul bersuara. Dia tidak mahu pertelingkahan itu berlanjutan malah dia juga sudah tidak tahu bagaimana lagi caranya untuk mendidik Adlea Qasra yang selalu memberikan masalah kepada mereka sekeluarga sedangkan sudah berbuih mulut menasihatinya supaya menghormati Adlynna Qaira.

 Adlea Qasra tidak mempunyai pilihan lain kecuali memohon maaf daripada Adlynna Qaira lalu meninggalkan ruang itu dengan perasaan yang terkilan kerana kedua ibu bapanya tidak pernah mahu membelanya. Tambahan pula, setiap apa yang dirinya perkatakan hanya dipandang sepi hanya mendengar pada sebelah pihak sahaja. Sempat Adlea Qasra memandang kepada Adlynna Qaira yang sedang tersenyum puas kerana kemenangan memihak kepadanya.

                        **********************************************


MR.BODYGUARD

PROLOG

 “Aku malu ada anak macam kau ni langsung tak pandai nak jaga air muka keluarga.Apa dosa Aku sampai dapat anak macam kau...kenapalah kecik- kecik tak nak mampus ,hah?”,perit sungguh kata-kata yang keluar dari mulut seorang insan yang bergelar ibu. Dia hanya  mampu menangis dan merayu supaya dimaafkan.

 “Mummy..Daddy..Lea tak salah. Lea tak buat semua tu ni semua salah faham tolonglah percayakan Lea. Along.. angah Lea tak salah.”,melutut dia cuba untuk meraih sedikit simpati daripada keluarganya, namun semuanya hanya sia-sia rayuannya di pandang sepi. Dia betul-betul buntu dia dianiaya oleh darah daging sendiri. Sampai hati Lyna ! Aku adik kau ! Kenapa sanggup kau fitnah aku Lyna ?

 Semuanya disebabkan oleh Adlynna Qaira yang sakit hati dengan kelebihan yang dimiliki Adlea Qasra, adik kembarnya sehingga sanggup mereka cerita palsu dan menabur fitnah  tentang adiknya. Kononnya Adlea sudah terlanjur dengan seorang lelaki yang merupakan kekasihnya, juga sering ke kelab malam dan pulang dalam keadaan mabuk. Gambar-gambar palsu dijadikan bukti.  Rupa paras mereka yang seiras membolehkan dia menyamar sebagai Adlea sekaligus memudahkan kerjanya.

“Sudahlah Lea ! Kami dah tak nak dengar apa-apa lagi. Cukuplah dengan apa yang kami dah beri kepada kamu tapi apa yang kamu balas kamu dah malukan kami ! Sekarang, Daddy nak kamu kemas barang-barang kamu dan keluar dari rumah ni kamu bukan lagi darah daging kami.” keputusan dah dibuat dia betul-betul kecewa dengan apa yang terjadi. Dia malu! Mana hendak disorokkan mukanya jika berita ini tersebar nama baiknya akan tercemar perniagaannya akan musnah. Maka, anak itu perlu dibuang. Huh! Memalukan!

 “Daddy..jangan halau Lea..please daddy..Lea tak salah. Ini semua fitnah!” sekali lagi dia cuba untuk merayu. Kejamnya dunia ini! Pedih sungguh kenyataan yang perlu diterima. Peritnya perjalanan hidup dirinya. Kini dia sudah tiada tempat untuk berlindung. Dia dihukum atas kesalahan yang tidak dilakukan. Ya Allah ! andai ini ujian-Mu untukku aku terima dengan hati terbuka. Namun, aku memohon agar kebenarannya tersingkap jua.