Monday, 3 April 2017

MR.BODYGUARD BAB 2

Bab 2

 Usai mandi dan solat Adlea Qasra memandang slip peperiksaannya dengan pandangan yang kosong. Air matanya bergenang. Dia sedih. Mummy dan daddy nya langsung tidak bertanyakan tentang result SPM nya. Segala usahanya untuk membuatkan ibu bapanya bangga dengan pencapaiannya hanya sia-sia mereka tidak peduli walau sedikit pun. Dia mengeluh.

 Haishh, daripada aku termenung mengenang nasib diri baik aku call Am ajak keluar esok. Telefon bimbitnya dicapai dan mula menaip mesej.

  Am ! ko busy tak esok? Teman aku window shopping nak tak!?

  Kat ne? Aku ok je lagipun takde keje yang boleh dibuat kat umah ni, daripada dengar mak aku membebel baik aku teman ko :-p.

  Kat tempat biasa laa. Jam 10 pagi esok.

 Sebaik sahaja mesej itu dihantar pintu biliknya diketuk dan namanya dipanggil bibik. Kenapa pulak bibik datang ni? Aku ada buat salah lagi ke?, getus Adlea Qasra di dalam hati. Dia bangun dari tempat duduknya lalu bergerak ke pintu biliknya.

“Ye bik ada apa?” soalnya ingin kepastian daripada bibiknya.

“Tuan tanya mbak Lea ngak mahu turun makan ke?” jawab bik Yani dengan pelatnya.

“Oh ya dah waktu makan malam ye? Takpelaa bik bagitau tuan saya dah makan dengan kawan saya tadi.”balasnya. Dia tidak mahu turun makan malam kerana dia tidak mahu memandang wajah sinis Lyna yang menyakitkan hatinya lagipun dia sudah makan semasa keluar dengan Amyli petang tadi.

“Baik mbak Lea. Bik turun dulu ya kalau mbak mahu apa-apa bilang sama bik ya.” Dia hanya menganggukkan kepalanya apabila mendengar kata-kata bibik lalu menutup pintu biliknya. Dia bergerak ke katil dan mencapai kembali telefonnya.  Dia mengaktifkan laman sosial wechatnya yang sudah lama tidak diaktifkan di laman itu jugalah dia meluahkan rasa hatinya. Setiap kali dia dimarahi mummy dan daddy dia akan meluahkan segala ketidakpuasan hatinya di situ.

Selepas beberapa minit dia mula berasa bosan. Hurmm macam takde benda yang menarik je grup pun senyap je, baik aku tido, tingkahnya dalam hati.

                                    ***************************************
 Di sebuah kelab malam, seorang lelaki sedang asyik dengan telefonnya namun dia tetap berjaga-jaga memastikan tiada musuh yang menghampiri mereka. Dia sebenarnya bekerja dengan seorang dato yang terkenal di Sabah, dia ditugaskan untuk menjaga keselamatan dato itu. Sudah bertahun-tahun dia bekerja sebagai pengawal peribadi. Dia memilih kerjaya itu kerana ingin melupakan kisah silamnya walaupun dia sedar nyawanya terancam.

“Huishhh, cun giler awek ni.!” Dia bersuara perlahan sambil terus menatap skrin henfonnya yang memaparkan gambar profil wechat seorang gadis. Dia tersenyum melihat gambar itu. Tanpa sedar laju jarinya memilih untuk menyimpan gambar itu di dalam telefon bimbitnya.

“Rayyan, bos dah nak jalan dah tu.” Tiba-tiba seorang lelaki datang menegurnya. Lekas dia menyimpan henfonnya di dalam poket seluar lalu mengikut bosnya dari belakang. Dia perlu melupakan tentang gadis itu buat sementara kerana dia perlu fokus dalam kerjanya.

                        ****************************************************


No comments:

Post a Comment