Bab 1
Lega! Itulah yang dia rasa apabila keputusan
SPM nya sudah berada ditangan. Dia mendapat 9A1B walaupun tidak mendapat
keputusan yang cemerlang namun itu sudah cukup memuaskan bagi dirinya. Dia
harap kedua ibu bapanya gembira dengan pencapaiannya. Dia tersenyum gembira.
“Hoi! Edd
sinilah!” terkejut dirinya apabila disergah begitu. Walaweh! Minah ni nak aku
mati awal ke apa? Kalau ya pun panggil laa elok-elok.
“Apa? Kau ni kan memang nak aku mati awal ke apa?
Terkejut aku tau tak.”marahnya.
“Hehehe..sorryla
wei aku tak sengaja. Alah bukan salah aku jugak kau tu yang berangan tak sudah
aku panggil kau elok-elok kau buat bodoh je aku sergahlaa.” Tersengih-sengih
dia minta dimaafkan.
“Ekkk..aku
berangan ke? Hah, kenapa kau panggil aku?” giliran dirinya pula untuk
tersengih. Sedar akan kesalahan yang dilakukan.
“Aku panggil kau
sebab aku tengok kau berangan je dari tadi. Dah tu jalan pulak menonong je aku
panggil laa. Apa yang kau fikir wehh?” pelik sungguh kelakuan sahabatnya itu
nak kata result hampeh pun tak jugak. Itulah Adlea Qasra lebih banyak berdiam
diri apabila berfikir tetapi becok apabila gembira satu-satunya sahabat yang
memahami dia.
“Aku fikir
tentang reaksi mak bapak aku bila tengok result aku ni. Aku takut diorang
kecewa.” diluahkan rasa hatinya kepada teman yang tersangat rapat
disisinya,Amyli. Kepada sahabatnya inilah dikongsi segala suka dan duka
hidupnya.
“Apa yang kau
nak risaukan result kau bagus apa bukannya gagal tetapi kau lulus. Diaorang
mesti happy punya laa.” Ibu bapa Adlea memang baik hati tetapi satu aje
kelemahan mereka tidak pernah berlaku adil dengan sahabatnya itu. Mereka tidak
pernah melayan Adlea seperti adik-beradik yang lain. Dia pun tidak tau apa
puncanya.
“Tapi..Am..kau
tau kan diaorang macam mana?”
“Ye aku
tau..alaa..kau buat biasa ajelaa kalau diaorang cakap apa pun. Kau dah cuba
sehabis baik dah untuk lulus kan. Dah takyah nak buat muka tempe kau tu. Jom kita
pergi makan nak? Aku laparlaa.”
Memang dia dah
buat sebaik mungkin untuk lulus tetapi kalau tidak dapat memuaskan hati orang
tuanya tidak tahulaa. Dia hanya mampu pasrah.
“Oklaa jom.”
Akhirnya di iakan juga kata-kata sahabatnya itu. Beriringan mereka ke kedai
makan yang berdekatan dengan sekolah mereka.
****************************************
Seharian Adlea
Qasra keluar dengan Amyli petang baru pulang ke rumah. Sesampainya di rumah dia
melihat kakak kembarnya sudah menunggu sambil tersenyum sinis kepadanya.
Ahh,mesti ada yang dirancangnya supaya aku kena marah ngan mummy dan daddy.
Hishh tak guna betul laa. Nasib baik aku aku ni penyabar orangnya kalau tak
habislaa aku kerjakan. Ceh! Sempat lagi perasan.
“Hah , Lea baru
balik mana kau pergi merayap aje keje kau kan. Tu mummy dengan daddy dah tunggu
kau. Habislah kau.” Adlynna menegur adiknya. Dia memang tidak sukakan adiknya
itu. Baginya, Adlea merupakan musuh utamanya. Dia benci melihat adiknya lebih
daripadanya. Dia cemburu bila rakan-rakanya di sekolah selalu memuji Adlea
pandai, cantik, dan sopan padahal dia lagi hebat daripada Adlea. Huh ! Aku akan
buat kau menderita Adlea kau tunggu je nanti.
Adlea
mengabaikan Adlynna yang cuba menyakitkan hatinya dan terus masuk ke dalam
rumah. Ada saja yang Adlynna tidak puas hati dengannya padahal dia tak pernah
mengganggu kakaknya itu. Sabar aje laa. Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke dalam
rumah kedengaran suara mummynya memanggil. Apalagi kali ni, aduhh masalah betul
laa,rungutnya di dalam hati.
“Adlea Qasra!
Sini ada sesuatu mummy nak tanya.”tegas suara Puan Sri Hasliza. Dia betul-betul
tidak percaya yang Adlea Qasra sanggup menghina Adlynna Qaira kakaknya sendiri.
Kata Adlynna, Adlea menghinanya didepan teman-teman sekolahnya kerana keputusan
SPM Adlynna tidak bagus dengan mengatakan Adlynna bodoh dan dirinya lebih bijak.
Sampai hati Adlea berkata begitu tidak beradab langsung.
“Ye mummy, ada
apa?”Adlea cuba menenangkan hati yang berdebar bimbang jika Adlynna ada mereka
cerita buruk tentangnya. Ya Allah! Apa lagi ni. Kau lindungilah aku.
“Macam ni, Lea
ada buat apa-apa kesalahan tak dengan Lyna? Jujur dengan daddy.” kali ini Tan
Sri Kamarul pula yang bersuara. Adlea selalu sahaja menimbulkan masalah dan
tidak menghormati kakaknya. Macam-macam nasihat sudah diberi namun tetap juga
perangainya tidak berubah.
“Huh ,tak..takde
daddy. Lea tak buat salah apa pun.” Lyna apa yang kau tak puas hati lagi ni.
Apa dosa aku dengan kau hah. Dia menjeling Lyna yang sedang tersenyum sinis
sambil berpura-pura sedih di sebelah mummy. Pandai betul berlakon.
“Tipu! Lea tipu!
Sampai hati Lea malukan Lyna depan kawan-kawan Lyna mentang-mentanglah Lea
pandai Lea hina Lyna. Lyna malu dengan kawan-kawan Lyna apa salah Lyna sampai
Lea buat Lyna macam ni.!?” adu Adlynna Qaira sambil menayangkan muka sedih yang
kononnya kecewa dengan apa berlaku.
“Adlea Qasra!
Kenapa kamu malukan Lyna macam tu? Kamu sedar tak yang kamu malukan tu kakak
kamu, kakak kembar kamu?! Sepatutnya kamu bagi Lyna semangat bukan
merendah-rendahkan dia. Perangai kamu ni makin lama makin menjadi-jadi makin
ditegur banyak pulak agenda kamu kan?!”melengking suara Puan Sri Hasliza
membela Adlynna Qaira.
Adlea Qasra hanya mampu tertunduk menerima
amarah daripada mummynya. Dia tidak mampu untuk mempertahankan dirinya kerana
dia tahu nasib tidak akan menyebelahi dirinya kerana jika dia melawan pasti
makin teruk dia dimarah. Bukannya sekali Adlynna Qaira mereka cerita buruk
tentangnya tetapi sudah berkali-kali dan setiap kali itu jugalah dia yang harus
mengalah menerima segala hukuman diatas
kesalahan yang tidak dilakukannya.
“Sudahlah jangan
diperbesar-besarkan lagi hal ini. Adlea daddy nak kamu minta maaf dengan Lyna.”
Tegas Tuan Kamarul bersuara. Dia tidak mahu pertelingkahan itu berlanjutan malah
dia juga sudah tidak tahu bagaimana lagi caranya untuk mendidik Adlea Qasra
yang selalu memberikan masalah kepada mereka sekeluarga sedangkan sudah berbuih
mulut menasihatinya supaya menghormati Adlynna Qaira.
Adlea Qasra tidak mempunyai pilihan lain
kecuali memohon maaf daripada Adlynna Qaira lalu meninggalkan ruang itu dengan
perasaan yang terkilan kerana kedua ibu bapanya tidak pernah mahu membelanya.
Tambahan pula, setiap apa yang dirinya perkatakan hanya dipandang sepi hanya
mendengar pada sebelah pihak sahaja. Sempat Adlea Qasra memandang kepada
Adlynna Qaira yang sedang tersenyum puas kerana kemenangan memihak kepadanya.
**********************************************
No comments:
Post a Comment